BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

Student kaunseling UPSI....

Kenangan semasa program TOT





Nilah antara rakan-rakan yang paling akrab dengn aku.....hehehe!!!, cayang korang semua..
Dari kiri farah, aan, su, tiey, Cik lyn n yang paling ujung skali aku ler....ader lagi kawan2 len yng rapat ngn aku..tp xder lam gmbar nii...
antaranya Tini, ida, nik, jas, shuhada...

Friday, October 23, 2009

Muhasabah Cinta




wahai pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Ku pasrahkan semua padaMU...
Tuhan....
Baru kusedar,indah nikmat sehari itu..
tak pandai aku bersyukur...
Kini ku harapkan cintaMu..
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang kau beri untuk ku..
Ampunilah kesalahanku selama ini Ya Ilahi...
Muhasabah cintaku....
Tuhan....
kuatkan aku..
Lindungi ku dari putus asa...
Jika, ku harus mati...
pertemukan aku denganMu...

Friday, October 16, 2009

SeLaMat HaRi LaHiR UntuK Ma.....

Tersenyum aku bila melihat gambar ini.....Ceria, bahagia dan amat menyejukkan mataku memandang....Teringat lagi pada satu petang, saat aku dengan Ma sedang berborak-borak...aku usik Ma dengan pelbagai karenah...Ma tersenyum, ketawa dan kadang2 tertunduk menahan lucu...Bahagia sangat masa tu...Ma seorang pemalu sebenarnya...dan gambar ini hasil daripada gurau senda kami....Malam ni tepat Jam 12.01 malam pada tarikh 17.10...Ma akan menyambut hari kelahirannya yang ke-53 tahun....Erm...sedih sangat sbb xde disisi Ma waktu tu...Beberapa hari sebelum raye hari tu, aku telah membuatkan Ma menanggis sampai xboleh berkata-kata....Kenapa Ma menanggis??? adakah Ma terlalu gembira??..Aku tersenyum puas bila berjaya buat Ma menanggis....Apa yang aku buat??? :-) aku xbuat ape2, cuma sekadar melafazkan apa yang tersimpan selama ini...Aku ucap dengan penuh perasaan...Ma I Love U...begitu juga dengan ayah.....Ku print gmbar mereka lalu kucantum...melakar kata2 cinta untuk mereka....Ma terharu...aku senang Hati...Tapi...apa yang boleh aku buat untuk Ma pada hari kelahirannya ini???....Walaupun aku xmampu berbuat apa2...akan ku cuba yang terbaik...Semoga ALLAH melindungi dan merahmati Ma selamanya...ameen!!!

Bakal Kaunselor Yg Berjiwa Pendidik....

"Mudah-mudahan kita semua akan menjadi penyelamat kepada anak bangsa...InsyaALLAH..."

“Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa…”

Thursday, October 15, 2009

Bisikan HatiKu....

Hari ini aku belajar.....
Belajar mengenal sebuah kehidupan...
banyak telah aku temui...
yang baik dan yang buruk....
Dalam pencarian ini aku bertanya...
Siapakah aku?????
Aku tidak mengerti...
apa yang aku cari...
Adakala aku berfikir panjang mengenai kehidupan
Ku Imbas kembali zaman yang telah ku tinggalkan...
Sekejap ku tersenyum, sekejap ku menangis...
Aku semakin tidak mengerti....
Apa yang kucari...
Kawan aku kata....
Aku kuat, bersemangat, tabah dan berdikari...
Tapi aku kata TIDAK...
Kerana aku tahu kelemahanku.
Orang melihat Aku tersenyum...
Adakah hati aku juga tersenyum?
TIDAK.......HAti aku merintih sebenarnya...
Tiada yang mengerti, tiada yang peduli....
Kadang kala aku rasa sangat lemah dan xberdaya...
Tapi aku hadapi dengan senyuman...
Selalu aku pamerkan sikap yang tidak selaras dengan rasa hati...
Saat aku duka, aku berpura2 Ceria...
Jika ditanya MENGAPA????
Satu yang aku akan jawap
Kerana aku percaya...
Tidak akan ada seorang pun akan memahami aku sepertimana
ALLAH memahami aku.....
Kadang2 aku cuba juga untuk meluahkan apa yang terbuku dihati...
Namun bukan ketenangan yang kudapat
Melainkan menambahkan titis air mataku....
Aku manusia....ingin difahami dan juga memahami...
Tapi aku tidak dapat semua itu daripada insan bernama MANUSIA..
Namun aku percaya ada yang Sangat memahami aku...
setiap apa dinyatakan mahupun disembunyikan...
Dia mengetahui segalanya......:-)
Aku Bahagia....








Friday, October 2, 2009

12 Barisan Di Akhirat...


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

Menangislah Kawanku...



Detik waktu bersama kelahiran seorang
bayi dihiasi tangisan .Nyaring
berkuman dang menyaring segala suara yang
menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya
memuncak gembira penawar sakit dan lesu.
Lalu bermulalah sebuah kehidupan
yang mewarnai bumi berpenakan hati,
berdakwatka n air mata.

Air mata adakalanya penyubur
hati,pen awar duka. Adakalanya buih
kekecewaanyang menyempit perasaan , menyesak
kehidupa n. Air mata seorang manusia
hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.
Na mun setitis air mata kerana
takutkan ALLAH persis permata indahnya
gemerlapan. Penghuni Syurga ialah
mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu
masa.Barangs iapa gembira di dunia
akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia
akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia
yanghilang. Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang
Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si
hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan
yang mulus penuh rakus,mengalirlah
air kecewa kegagalan. Dari mata yang
redup merenung Hari Akhirat yang
dirasakan dekat, mengalirkan air mata
insaf mengharap kemenangan.

" Penghuni Syurga itulah orang-orang yang
menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi
oleh tangis dan diakhiri dengan
tangis.Manusia sentiasa dalam dua
tangisan.Sama ada yang membawa untung atau
merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH
cintai,pertama titisan darah para
Syuhada dan
titisan air mata yang jatuh kerana
takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH
cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam
tangisan,ke rana ada tangisan yang akan
mengakibatka n diri menangis lebih lama
dan ada tangisan yang membawa bahagia
untuk selama-lamanya. Seorang pendosa
yang menangis kerana dosa adalah lebih
baik daripada Abid yang berangan-angan
te ntang Syurga mana kelak ia akan
bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa
sedih,lebih ALLAH sukai dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan
kejahilan. Ketawa seorang ulamak
dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras
hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu
nescaya kamu banyak menangis dan sedikit
ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang
ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan, lebih banyak daripada
perkara yang menyenangkan. "

Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,takut- takut tidak diterima
ibadatny a,kita ketawa walaupun sedar
diri kosong daripada amalan. Lupakah
kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam
ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam
keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan
tercapai. Kita menangis kalau yang
kita cita-citakan terabai. Nikmat
disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan
boleh<>jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal
ianya amat buruk bagimu. ALLAH
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari
bala."
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu
banyak di kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan
atau dipuak kiri.Di sana,lembaran
sejarahmu dibuka satu persatu,
menyemar akkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantun g kepada syafaat Rasulullah
yang dikasihi Tuhan. Kenangilah,
sunga i-sungai yang mengalir itu banjiran
air mata Nabi Adam yang menangis
bertauba t, maka suburlah dan
sejahteralah bumi kerana terangkatnya
taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang
selalu memukul dirinya dengan berkata
:

"Kalau semua masuk ke dalam syurga
kecuali seorang, aku takut akulah orang
itu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim
apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk
dihantar berperang,"jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang
tidak sengaja terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari
memandang ke langit seumur hidup,lalu
berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan
dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali
waktu malam ketika orang lain
tidur,dan waktu siangnya ketika orang
lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya
di waktu orang lain tertawa. Diamnya
di waktu orang lain berbicara, khusuknya
di waktu orang lain berbangga,
seharu snya orang yang mengerti al Quran
itu tenang,lunak dan tidak boleh
menjadi seorang yang keras, kejam,
lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyai lah orang-orang soleh mengapa dia
tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan
mati itu di belakang kami,kubur di
hadapan kami,kiamat itu janjian
kami,nera ka itu memburu kami dan perhentian
kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di
sana!!!... ... ... ... .


Saudaraku,

Janganlah kau bersedih. Rasa lapar saat ini akan tergantikan rasa kenyang, rasa haus tergantikan kepuasan, rasa sakit tergantikan kesembuhan, rasa sedih tergantikan kegembiraan. Setiap yang pergi pastilah akan kembali, setiap yang hilang pastilah ketemu, setiap kesesatan pastilah ada petunjuk, setiap kesulitan pastilah ada kemudahan, dan disetiap kegelapan akan datang masa terang.

Saudaraku,

Sampaikan kabar pada malam yang kelam, bahwa fajar pasti datang mengusir kegelapan. Kabarkan juga pada orang yang berkesusahan, bahwa pertolongan akan datang secepat kedipan mata. Sampaikan juga pada mereka yang tertindas, bahwa kelembutan akan mendekap penuh kehangatan.

Saudaraku,

Hari ini mungkin saja air mata mengalir mengiringi sebuah petaka, tapi yakinkan diri bahwa masih ada senyum yang akan tergambar menghias hari-hari yang akan dilalui. Nikmati saja rasa sakit itu, didalamnya akan kita temukan berjuta hikmah yang akan mengiringi kita untuk melangkah lebih baik.

Saudaraku, hapus air mata itu.

Bangkitkan semangat, jangan bersedih, masih ada senyum hari esok.

Tuesday, May 5, 2009

Keredhaan-Mu (In-team)

Ya Allah ya Tuhanku....
Hambamu merindukan rahmat
kasih sayang-Mu...
dn jua keredhaan-Mu dalam hidupku...
Meskipun ku ulangi dosa noda yang menjanjikan
azab sengsara....Namun ku akui keampunanmu
tidak bertepi...Ku akui,diri ini hamba yang mungkir
pada janji-janji....Jadikanlah taubat ini yang sejati
pada-Mu Ilahi.....
Ya Allah....ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah....redhakanlah kehidupanku...
Moga terhapus penghijab kalbu...
antara Kau dan aku..........
Tuhan....ku zalimi, diri ini....
andai Kau tak ampuni dan rahmati
alangkah ruginya diri...
Tuhan....
Jangan kau palingkan hati ini...
setelah kau beri hidayah...
Sesungguhnya kau maha pengasih.